Tuesday, August 7, 2012

Salam untuk Semua...

Pada bulan RAMADHAN yang penuh dengan keberkatan ini di kesempatan yang ada ini, saya mengucapkan selamat berpuasa dengan penuh iman dan kusyuk. Moga-moga mendapat berokah dari Allah SWT hendaknya. Amiin!!

RAMADHAN telah sampai minggu ke 3 dan tak berapa lama lagi RAMADHAN akan meninggalkan kita. Saya terasa begitu cepat hari-hari berlalu pergi dan terasa sayang dan sedih kerana RAMADHAN akan melabuh tirainya tak berapa lama lagi. Persoalan nya, apa kah kita sudah buat yang terbaik untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT? Ini adalah satu mekanisma jiwa yang hanya kita semua mempunyai jawapan dan kesimpulan tersendiri. Saya terasa amat sayu bila kita sering alpa dengan apa yang ALLAH SWT beri kan kepada kita. Peluang untuk kita merebut keistimewaan yang ALLAH SWT sajikan kepada kita untuk menampung segala kesalahan dan keingkaran yang kita lakukan sebelum nya terhadap ALLAH SWT.RAMADHAN adalah bulan tawaran dan promosi istimewa dari ALLAH kepada kita hamba Nya yang serba serbi nya dhoif. Kita seringkali tidak istiqamah dalam melaksana tanggungjawab yang di peruntuk kan kepada kita. Kita merasai memadai dengan  berlapar dengan tak makan dan minum di waktu siang? tetapi kita melantak hingga perut kita menjerit kerna tidak dapat menahan asakan makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut kita, mentang-mentanglah kita berpuasa di siang hari. Apa kah itu satu ibadah yang di unjur kan olih ALLAH SWT dan Nabi Muhammad S.A.W. yang meninggalkan sunnah nya pada kita untuk di ikuti? Ini juga jawapan nya hanya kita yang bolih menjawabnya.

Pengertian yang jitu dan merangkumi pada keseluruhan aspek berpuasa yang sebenar nya masih di tahap yang masih kritikal sekiranya istilah berpuasa itu dengan hanya menahan lapar dan dahaga sudah mencukupi.
Mari lah kita renung bersama apakah ertinya berpuasa yang merupakan rukun Islam yang 5. Semuga kita di beri pertunjuk dan hidayah dari ALLAH SWT hendaknya, dan semuga amalan puasa kita di terima olih ALLAH SWT hendaknya.

No comments:

Post a Comment