Saturday, February 5, 2011

ciut rasa

Encik bolih tumpang tanya? Hamba jawab nak tumpang tanya tidak bolih! melentinglah si bertanya lalu dia membalas dengan kata-kata yang pedas, hamba hanya tersenyum sinis... lalu bertanya pada beliau, kenapa melenting ni? Jawab nya : saya nak tumpang tanya pun tak bolih ke?
Sememangnya saya jawab tak bolih..., sebab mana bolih tumpang tanya..... kalau tuan nak bertanya bolih lah ! tumpang tanya memang tak bolih... lalu beliau terpingga-pingga mendengar jawaban hamba...

Persoalan di sini.... kalau anda ingin bertanya bisa bolih... kalau anda nak menumpang kenderaan saya... pastinya boilh. Jadi fikir-fikir lah...

Limau oh limau

salam 1Malaysia dan salam sejahtera.. kepada anda di luar sana

Masih dalam suasana cuti Gong Xi Fa Cai.... masih ramai di antara rakyat Malaysia yang menghabiskan percutian mereka samada di kampung atau di mana jua destinasi pelancungan yang mereka sudah tentukan....

Bagi mereka yang memandu kenderaan berhati-hatilah... kalau terasa letih atau mengantuk... makan lah buah limau yang terdapat di mana-mana termasuk di tepi-tepi jalan, bandar-bandar,kawasan rehat di lebuhraya dan di mana jua...sempena gong xi fa cai ni.

Ahaa, kalau kena yang manis rasa nya.. fuhhh! tak sedar rupa-rupanya dah dua tiga biji dah di belasah... enaknya... tapi kalau terkena yang masam rasa nya, makanya berkedut dan bercerut lah muka menahan kemasaman nya..

Itu lah hakikatnya.. sekiranya terkena yang masam ketika sedang memandu... terasa mengantuk dan letih pun hilang tiba-tiba...naluri dan deria rasa memberi tindak balas yang spontan...

Teringat hamba ketika zaman budak-budak dulu, kalau di kampung hamba dulu di tepi rumah datuk hamba terdapat banyak pokok limau... limau barli,limau langkat,limau epal dan dua tiga jenis lagi... masa tu kita masih lagi hyper aktif...mamanjat itu satu kebiasaan... maka di panjatlah pokok limau langkat hingga ke hujung julai nya sambil memetik buah limau...di masuk kan seberapa banyak dalam poket seluar... kemudian dalam masa yang sama, hamba sudah bersedia dengan segengam garam di dalam poket baju... cari posisi di atas dahan yang selesa, maka hamba kupas buah limau dan mula mencolek ulas limau dengan garam...perrrgh!!!!!! memang enak dan mengasyik kan.

Tapi kisah itu sudah menjadi legasi yang tak mungkin berulang lagi.... Buah limau senantiasa di gunakan dalam apa jua juadah,termasuk sambal belacan dan lain-lain lagi... begitu jugak dalam perubatan tradisional-limau juga main peranan... menjaga kecantikan muka juga limau memain peranan dan banyak lagi lah... peranan buah limau....

Itu lah limau oh limau... Maka natijahnya.. jadilah sifat buah limau yang serba guna dan kita harus berbakti tidak kira masa dan tempat... kearah kebaikan....

Limau oh limau...