Monday, December 27, 2010

Jeramimasam

Aku di lahir kan di sebuah kampong dan di daerah yang pada satu ketika dulu, daerah yang paling miskin di semenanjung Malaysia-Utara tanah Air. Aku bangga di lahir daerah ini dan kampong ku yang hanya ku rasa ini lah tempat kelahiran ku.
Hari ini kampung dan daerah ku dah jauh berubah dek arus pembangunan. Dulu orang tua ku hanya membanting tulang mengerjakan sawah dan menoreh getah, hari ini orang ku sedang menikmati hasil titik peluh nya tika muda dulu.Bau jerami masam sudah lama tidak ku ku hidu kerna aku juga sudah lama tinggalkan kampung halaman ku. Merantau mencari rezeki di negeri kelahiran ibu ku. Kadang-kadang aku teringat akan kisah kecil dan remaja ku di kampung yang begitu hampir dengan sawah padi dan deretan blok kebun getah yang menjadi punca rezeki orang kampung ku.
Aku membesar dengan hanya tertangkup di bawah tempurung kehidupan kampung ku. Terasa bau masam jerami padi dan masam getah beku yang di galas olih orang tua ketika menjalankan rutin nya untuk membesar kami berenam beradik.
Tapi nostolgia itu kini menghimpit ku kembali kerana orang tua kini amat uzur di mamah usia. Ketika aku pulang mengziarahi orang tua, terkenang aku akan kisah 52 tahun lampau aku di besar kan di sebuah daerah yang amat miskin ketika itu. Rata-rata orang kampung ku ketika itu hanya bergantung kepada hasil getah dan bersawah padi sahaja. Apa tah lagi ketika itu harga getah amat lah rendah dan teringat aku pada kisah orang kampung dan kampung-kampung lain merintih kerana harga getah amat merudum hingga kan pendapatan mereka amat menyedihkan.
Aku melihat orang tua ku dan juga orang-orang kampung lain begitu gigih mengembeling dan membanting tulang untuk terus hidup bagi menyara hidup. Bak umpama kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.... Huuh! sememangnya aku tabik kepada orang tua ku dan orang-orang kampung ku kerana mereka amat pasrah pada ketentuan illahi. Tapi aku amat berbangga kerana dalam rentetan kajian ku, ku lihat hari ini ramai sekali anak-anak kampung ku yang di lahir dalam seribu kepayahan ketika itu, telah berjaya mendominasi kedudukan yang tinggi dalam hiraki kerajaan kita hari ini. Ada yang sudah berjaya menduduki kerusi ketua Pengarah, Doktor, Jurutera, Professional yang lain, Teknokrat, Menteri dan banyak lagi.
Di kampung ku hari ini tiada lagi rumah dinding anyaman buluh, tiada lagi jemoran buluh, atap rumbia atau nipah, tiada lagi telaga dan tiada lagi lembu tidur di bawah rumah. Jalan raya pada ketika aku kecil dan remaja, masih banyak najis lembu berlonggok di atas jalanraya.
Aku sudah tidak dapat melihat sekarang basikal tua berpelantar besar di belakang, sudah tiada ku lihat orang-orang kampung membawa hasil tuaian dalam guni jerami di belakang basikal tua.
Apa yang ku lihat hari ini, jentera tuaian padi berlegar di petak-petak sawah ketika musim tuaian.Orang kampung ku dah mula mamandu kereta sendiri dan yang paling leceh pun semua memiliki motorsikal modenas. Huuuh!!!! itu lah kampung ku hari ini.