Assalamualaikum WBT..
Sidang pembaca yang budiman, agar di berkati olih Allah yang Maha Berkuasa hendaknya... Sedar dalam tak sedar, 2012 sudah sampai untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kita semua dalam mengendong serba macam kenangan dan memori. Apakah kita telah memenuhi segala tuntutan yang di pertanggungjawab kan kepada kita?. Apakah sinar pudar yang menyelubungi kita pada 2011 sudah kita tebus atau membiar ia berlalu begitu tanpa leraian atau keputusan yang membanggakan?.
Ini lah hakikat nya bahawa pergolakan dan kecamukan minda dan garis laku kita kadang kala tersasar dan menyimpang jauh dari paksi sebenar lumrah kehidupan kita. Masa berlalu begitu pantas, ada kalanya kita mengeluh sendirian kerana kita tidak dapat memperbetul kan apa yang patut di perbetulkan.
Pengertiian kehidupan ini ada kalanya merasakan sautu penyiksaan yang perlu penantian yang entah kelam atau terang di hadapan hari menggamit datang. Apa kah kita sedar apa kah yang telah kita sumbangkan kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara? Perhitungan akal dan nafsu yang sering bersaing antara satu sama lain untuk menjerumuskan kita ke arah mana yang sepatutnya kita tuju.
Allah mengiktirafkan kita sebagai makhlok yang paling mulia di sisi Nya dengan adaNya yang di bekalkan akal dan nafsu agar manusia itu dapat beriman kepada Nya.Ini lah kita, 365 hari dalam satu tahun kalender itu sendiri tidak pernah cukup untuk kita bermuhasabah diri kita untuk mencari keredhaan nya.
Olih itu fikir-fikir dan renunglah. Wassallam