Salam 1Malaysia..
Cuti akhir tahun bakal melabuh kan tirai beberapa hari sahaja lagi... sekolah akan mula sessi persekolahan nya tak lama lagi dan majlis perkahwinan yang di unjur di musim cuti persekolahan juga bakal tertangguh sehingga jelmanya cuti persekolahan akan datang.. Apabila sudah berkahwin, maka bermulah satu episod berumahtangga yang panjang, di mana bakal menemukan pelbagai ujian dan halangan di alam berumah tangga.. Keindahan bercinta sudah pasti tidak sama dengan keindahan berumah tangga.. maka lahirlah sautu fenomena yang baru dalam merungkai erti kasih sayang yang hakiki atau melerai kisah cinta yang indah di kala bercinta pahit di kala berumahtangga.
Cabaran berumahtangga akan lebih komprehensif seandainya kapten nya yang mengemudi bahtera berumahtangga tidak menyedari bahawa kapal yang di nakhodai tidak mengikut haluan yang benar. Maka akan berantakan lah semuanya.
Cinta itu satu kalimah yang di persisirkan dengan deruan perasaan yang membuak-buak ketika di peringkat percintaan, kata-kata hikmah berseliputi dengan tersirat makna yang hanya dapat di rungkai melalui terjahan kelakuan ketika sudah mendiri kan rumah tangga.. Alam berumahtangga merupakan melodi yang sebenar dalam kehidupan ini. Mentadbir negara tidak lah susah tetapi mentadbir rumahtangga adalah lebih jerih dari memerentah sebuah negara.Kenapa? Untuk menjadi saorang pemimpin pasti nya datang dari rumah tangga yang di tadbir dengan sempurna dan berintegriti tinggi barulah dapat hasil kan saorang pemimpin yang berwibawa. Kalau institusi rumah tangga itu porak peranda bagaimana dapat melahir kan saorang pemimpin yang berwibawa? Nah, jadi alam berumahtangga bukan sautu impian atau khayalan sahaja tetapi memerlukan kejituan pengurusan yang hebat.
Jadi kepada bakal berumahtangga, disini ingin saya loret kan pedoman yang bolih memungkin anda mengemudi rumahtangga dengan jayanya, Insyaallah.. Saya telah hidup berumahtangga selama 30 tahun hidup bersama dan di kurniakan Allah zuriat seramai 8 orang.... Pedoman ini adalah intipati kehidupan yang wajib kita lalui sebelum Allah menjemput kita menemuiNYa.
Sambungan di segmen akan datang.