Tuesday, December 28, 2010

Pengembara

Cuaca Yang Tidak Menentu

Salam 1Malaysia,
Di kesempatan ini, pada ketika saya menukilkan rencana ini, di luar pejabat saya hujan turun dengan lebatnya. Percikan air hujan membasahi tingkap kamar saya dengan tinggalan kristal air hujan yang begitu jernih dan indah sekali. Ini lah kebesaran ciptaan Allah yang Maha Sempurna. Di sebalik nya menyimpan seribu macam hikmah dan tafsiran yang tidak terhitung.
Seandainya kita melihat kejadian Alam yang di cipta olih Maha Pencipta ini, terasa amat sangat akan kekerdilan dan kejangkalan ilmu kita tentang kebesaran Allah. Kita sering alpa dan lupa apabila kita berada di puncak kegemilangan dan juga sering kita alpa dan lupa apabila kita berada di kancah kesusahan.. Iman kita juga ada pasang surut seperti cuaca yang tidak menentu.Di kala kita senang, kita di buai dan di ulit olih mimpi indah, suruhan Allah itu kita abaikan dan kita rasa esok masih ada... takkala di zaman kesusahan kita merintih dan merayu pada Allah, agar kita di keluarkan dari kesusahan ke alam kesenangan. Kita juga mudah lupa dan mudah ingat... tetapi apabila kita menimpa musibah, kita rasa si pulan-si pulan telah menginaya kita, tetapi kita alpa dan lupa bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita bahawa kesenangan dan kesusahan itu adalah satu ujian dan dugaan pada kita hamba yang kerdil ini di sisi Nya.
Cuaca yang tidak menentu pada masa kini adalah angkara kerakusan kita jua, kita senantiasa ghairah untuk mengejar segala macam kemewahan hidup dan kita lupa bahawa Allah cipta gunung ganang, hutan rimba, dan segala-galanya di alam ini ada fungsinya. Kita rakus dengan menggunakan nafsu kita untuk merosak segala eco-sistem hanya dengan rasa untuk kepuasan hati masing-masing.
Kita harus sedar hujan yang turun itu satu rahmat, setiap bencana atau malapetaka itu satu ujian dan dugaan pada iman kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terpandang saya di luar jendela kamar, saya lihat bukit yang di selaputi dengan pokok-pokok yang hijau apabila di sirami dengan hujan, ianya bertambah hijau dan memberi ketenangan pada mata kita akan kehijauan nya.Apakah bukit yang tertegak itu sautu hari nanti akan lenyap dek arus pembangunan? Apakah jenarasi akan datang masih sempat menatap bukit yang menghijau ini? hanya jawapan ini ada pada kita semua.
Kita keluh kesah apabila hujan turun tidak henti-henti, kita juga keluh kesah apabila hujan tidak turun, panas membaham kulit kita, kita mula menuding jari kepada pihak lain yang tidak bertanggungjawab, siapa kah mereka itu? jawapan mereka itu termasuk lah diri kita sendiri.Jadi natijah nya apa pun yang berlaku di Alam maya pada ini, adalah angkara kita manusia yang sering lupa dan alpa kepada yang Maha Berkuasa.
Jadi marilah kita pastikan Bumi yang di pijak dan langit yang di junjung ini di pelihara untuk jenarasi-jenarasi yang akan datang agar mereka juga tahu bahawa Bumi ini adalah satu anugerah Allah kepada Makhluknya..