Monday, March 11, 2013

Di Mana kah Harga Diri

Salam1 Malaysia...

Negara di kejutkan olih pencerobohan di Lahat Datu, Sabah.. Saat yang amat tragis kerana kerakusan nafsu yang tak terhitung olih akal... Penceroboh meresap dan menyelinap masuk atas kehendak untuk menuntut Sabah yang dahulu di bawah kesultanan Sulu. 

Apakah ini satu percaturan yang bijak? Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan terkenal dengan amalan bertolak ansur dan lebih suka berperang di meja perundingan dari melancar serangan yang akhir nya mengorban kan nyawa.. Hakikat ini sepatutnya di ambil kira terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan yang tidak bermaruah ini. Penceroboh hanya di gula-gula kan olih pihak ketiga tanpa memikirkan bahawa ia akan menjadi satu melapetaka yang dahsyat.

Kerajaan Malaysia dan di dokong olih rakyat yang berdiri teguh di belakang kedaulatan Negara Malaysia telah mengambil langkah yang cukup berperikemanusiaan dengan memberi ruang perundingan yang sebaik mungkin kepada penceroboh, tetapi nafsu menguasai segalanya, maka perundingan secara aman di tolak dan  
apa lagi pilihan Malaysia? Demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta, satu rumusan yang tepat ialah menggunakan ketenteraan dan pihak berkuasa keselamatan untuk menamatkan krisis yang tidak di undang ini.

Pihak penceroboh juga agak keterlaluan meminta untuk mengadakan gencatan senjata wahal yang memulakan episod ini ialah mereka menceroboh kedaulatan negara. Apa kah mereka tidak mengetahui hal begini. Apa jua pun, pihak penceroboh tetap menjadi pengganas yang perlu di hapus kan dan di nyahkan dari bumi Malaysia- Sabah.

Apa jua yang sudah berlaku, pasti nya penggerak-penggerak di sebalik penceroboh-penceroboh tersebut mempunyai maksud yang tersirat yang hanya bolih merungkaikan segala kekusutan ini. Apa kah nyawa penceroboh yang tersembam ke bumi bolih di ertikan dengan nilai wang ringgit? Apakah mereka di redhai olih anak isteri mereka untuk mati cara yang menyayatkan? 

Kehidupan ini satu perjuangan, sautu ujian yang penuh dengan duri yang selelirat.. Sesungguhnya Allah cipta Alam ini dan bumi di mana kita di tempatkan untuk semata-mata di beri ujian menuju ke alam Akhirat yang kekal abadi. Akal dan nafsu yang di anugerah olih Allah seharusnya di gunakan dengan sebaik-baik nya serta memohon pedoman dari Allah untuk melakukan sesautu yang memudaratkan.

Kita semua rakyat Malaysia patut bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita terutama nya sebuah negara yang aman,makmur dan mempunyai pemimpin yang tahu peranan nya.

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.
Terima kasih.