Sunday, August 12, 2012

WOW!!!!  ada satu cerita, yang manis itu madu yang pahit itu juga madu... Apa kah ini memberi erti yang sama atau yang berbeda dari segi fizikal ceritanya? Anda sedia maklum, madu yang di hasilkan olih lebah itu amat berkhasiat sekali kepada kesihatan dan terdapat satu surah dalam Al Quran yang menceritakan tentang lebah ini. Bagaimana ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada kesihatan kita dan cara toleransi lebah-lebah berkerjasama membina kehidupan yang harmoni dan berintegriti. Pembangunan sahsiah diri mereka walaupun kecil tetapi mempunyai daya tahan dan daya membina identiti mereka yang mengkagumkan. Justuru itu kita lihat bertapa damainya sekiranya manusia dapat mengikut contoh yang di tunjukan olih lebah-lebah tersebut.

Madu yang di hasilkan olih sifat dan keletah manusia itu sendiri amat pahit dan tidak terbentuk sepertimana yang di zahirkan olih Madu lebah tersebut. Bagaimana acuan membangun insan yang berhemah itu tidak sehebat  lebah yang tidak mempunyai perasaan iri hati, dengki dan sebagai nya yang menjadi elemen yang memporak perandakan kehidupan manusia di dunia ini. Selingkar kisah tentang kehidupan manusia yang mempersembahkan pelbagai kerenah kehidupan yang mencorak warna-warna kehidupan ini baik dari sudut berpolitiknya, kemasyarakatannya,keagamaan nya, kesosialannya, kebendaannya, keilmuannya dan banyak lagi  menampak kan kejanggalan yang tidak seimbang dan selari dengan perentah Allah SWT... Hakikat ini perlu di rungkai dan renung bersama.. Akhirnya mari kita berfikir dan cari lah jawapan itu yang ada pada diri kita sendiri. Amiin.

No comments:

Post a Comment