Tuesday, January 31, 2012

2012 sudah sampai

salam 1 malaysia

2012 sudah mula belayar. Hari ini 31 haribulan Januari- esok 1 haribulan Febuari. Begitu detik masa berjalan tanpa menoleh ke belakang. Tidak lewat sesaat pun masa terus berjalan dan meninggal kan kita tanpa siapa yang  
menahan nya.

Pergolakan minda dan emosi terus menghantui kita, tidak tahu arah mana hendak di tuju, kain mana yang harus di pakai, baju mana harus di basuh, kasut mana harus di sarong dan cita-cita mana yang nak ku gapai. Ini lah permasalahan kita yang sering kali kita tempuhi.

Perhitungan usia yang makin meningkat tidak kira batas nya namun rintihan perasaan masih membuak umpama pusaran air di lubuk dalam. Terungkai atau terlerai kah itu semua hanya kita sahaja yang dapat menjawab nya.

Begitu lah hakikat nya apabila kita merintih dan menyalah diri kita sendiri. Kewajaran pemikiran yang ada kadang kala di batasi dengan kemampuan kudrat yang ada. Masa TETAP  meninggal kan tanpa sedetik pun.

Harapan Agama,Bangsa dan Negara masih tercari-cari jawapan dari kita, apakah kita sudah melunasi tanggungjawab tersebut? Hati mana tidak terasa walau sumbangan kecil yang kita terasa hendak di sumbang namun kemampuan kita tidak sederap tenaga dan wang ringgit.

Inilah kehidupan yang perlu di selami sepertimana daun yang menghijau namun tiba masa nya gugur lah ia.

No comments:

Post a Comment