Assalamualaikum WBT
Tanggal 2 haribulan Januari 2011 bersamaan 27 muharam 1432, pada 1.02 minit petang, aku menerima pengkhabaran dari adik ku di kampung..... ayahanda yang aku amat2 sayangi dan tercinta telah pulang ke rahmatullah pada usia 76 tahun akibat sakit tua... Aku menerima pengkhabaran ini dengan penuh tabah bercampur sedih yang teramat sangat tanpa di sedari air mata mencucuri keluar sehingga aku sebak seketika... Alfatihah buat Ayahanda yang tercinta... terkenang segala memori semasa aku kecil hingga usia aku 52 tahun kini.. Aku berdoa agar ruh ayah aku di tempatkan bersama orang-orang beriman dan soleh..semuga Allah mengampuni segala dosanya... Daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.Amiin.
Alfatihah! Ya Allah tempatkan lah ruh ayahanda ku bersama-sama orang yang beriman dan orang-orang yang soleh serta tempatkan ruh nya bersama-sama di syurga mu dan ampunilah dosa-dosanya ketika hayatnya...Amin!
ReplyDelete