Tuesday, May 21, 2013

PRU 13

salam 1Malaysia

Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi di atas kemenangan Barisan Nasional meneruskan legasi pemerentahan negara.

apa sudah jadi?

salam 1malaysia,

tahniah kepada Yab Dato Seri Najib.

kenapa pihak tidak demokratik dalam menelan kekalahan mereka dalam PRU13?
di manakah normal kewarasan dalam memertabatkan sebuah negara demokrasi .Apa kah yang meruntun perasaan ghairah mereka untuk tidak langsung bolih menerima kekalahan.
kehidupan di alamini perlu dan wajib bersandarkan kepada ketentuan Allah yang Maha Pencipta..Dialah yang maha mengetahui zahir dan bathin kita.

Keghairahan kita mencari dan mengutarakan bahawa Barisan Nasional tidak telus dan bermain kotor adalah satu tempelak yang tidak wajar dan keterlaluan.Pihak pembangkang perlu akur dan mengambil pendekatan bahawa kekalahan itu adalah wadah percaturan dan niat yang tidak luhur dalam menghayati keikhlasan jiwa peminpin mereka sendiri.

Perakui kesilapan sendiri dan jangan menarik pengikut-pengikut yang hanya berkobar2 untuk melihat satu lakonan bangsawan di atas pentas yang di dalangi olih juru olah yang dia sendiri tidak mengerti erti perjuangan.

  1. Kita rakyat yang di bekal dengan segala macam kesempurnaan dan kebahagiaan hiduprukun damai sesama kita yang berbilang kaum dan agama hendaklah memikirkan akan natijah yang bakal di tempuhi jika struktur perpaduan yang di bina itu runtuh.

Monday, March 11, 2013

Di Mana kah Harga Diri

Salam1 Malaysia...

Negara di kejutkan olih pencerobohan di Lahat Datu, Sabah.. Saat yang amat tragis kerana kerakusan nafsu yang tak terhitung olih akal... Penceroboh meresap dan menyelinap masuk atas kehendak untuk menuntut Sabah yang dahulu di bawah kesultanan Sulu. 

Apakah ini satu percaturan yang bijak? Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan terkenal dengan amalan bertolak ansur dan lebih suka berperang di meja perundingan dari melancar serangan yang akhir nya mengorban kan nyawa.. Hakikat ini sepatutnya di ambil kira terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan yang tidak bermaruah ini. Penceroboh hanya di gula-gula kan olih pihak ketiga tanpa memikirkan bahawa ia akan menjadi satu melapetaka yang dahsyat.

Kerajaan Malaysia dan di dokong olih rakyat yang berdiri teguh di belakang kedaulatan Negara Malaysia telah mengambil langkah yang cukup berperikemanusiaan dengan memberi ruang perundingan yang sebaik mungkin kepada penceroboh, tetapi nafsu menguasai segalanya, maka perundingan secara aman di tolak dan  
apa lagi pilihan Malaysia? Demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta, satu rumusan yang tepat ialah menggunakan ketenteraan dan pihak berkuasa keselamatan untuk menamatkan krisis yang tidak di undang ini.

Pihak penceroboh juga agak keterlaluan meminta untuk mengadakan gencatan senjata wahal yang memulakan episod ini ialah mereka menceroboh kedaulatan negara. Apa kah mereka tidak mengetahui hal begini. Apa jua pun, pihak penceroboh tetap menjadi pengganas yang perlu di hapus kan dan di nyahkan dari bumi Malaysia- Sabah.

Apa jua yang sudah berlaku, pasti nya penggerak-penggerak di sebalik penceroboh-penceroboh tersebut mempunyai maksud yang tersirat yang hanya bolih merungkaikan segala kekusutan ini. Apa kah nyawa penceroboh yang tersembam ke bumi bolih di ertikan dengan nilai wang ringgit? Apakah mereka di redhai olih anak isteri mereka untuk mati cara yang menyayatkan? 

Kehidupan ini satu perjuangan, sautu ujian yang penuh dengan duri yang selelirat.. Sesungguhnya Allah cipta Alam ini dan bumi di mana kita di tempatkan untuk semata-mata di beri ujian menuju ke alam Akhirat yang kekal abadi. Akal dan nafsu yang di anugerah olih Allah seharusnya di gunakan dengan sebaik-baik nya serta memohon pedoman dari Allah untuk melakukan sesautu yang memudaratkan.

Kita semua rakyat Malaysia patut bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita terutama nya sebuah negara yang aman,makmur dan mempunyai pemimpin yang tahu peranan nya.

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.
Terima kasih.

Tuesday, January 1, 2013

Musim Tengkujuh

Musim tengkujuh mulai melanda Pantai Timur, Hujan mencurah-mencurah turun tanpa henti, banjir mula melanda kawasan yang rendah dan kawasan bandar yang sistem peparitan yang tidak dapat menampung jumlah aliran air yang menerjah masuk akhir nya menenggelamkan bandar tersebut.

Semua aliran trafik tersekat dan aktibiti seharian juga tergendala.. Rumah yang di tenggelami air penghuni nya terpaksa di pindahkan. Selingkar kisah ini adalah satu dari antara kisah alam yang melanda dunia hari ini.

Natijahnya, itulah Kekuasaan Allah SWT yang memberi peringatan kepada hambaNya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya.. 


Tahun 2013

Detik jam menunjuk tepat 12.01 minit, detupan bunga api memecah keriuhan lautan manusia.
Apa kah 2013 akan menjadi titik tolak permulaan kelangsungan kehidupan dengan mengharap 1001 harapan .
Apakah itu akan menjelma pengharapan yang mengunung tinggi?