Friday, December 28, 2012

Ingatan kepada bakal menjadi ayah dan ibu

Salam 1Malaysia..

Cuti akhir tahun bakal melabuh kan tirai beberapa hari sahaja lagi... sekolah akan mula sessi persekolahan nya tak lama lagi dan majlis perkahwinan yang di unjur di musim cuti persekolahan juga bakal tertangguh sehingga jelmanya cuti persekolahan akan datang.. Apabila sudah berkahwin, maka bermulah satu episod berumahtangga yang panjang, di mana bakal menemukan pelbagai ujian dan halangan di alam berumah tangga.. Keindahan bercinta sudah pasti tidak sama dengan keindahan berumah tangga.. maka lahirlah sautu fenomena yang baru dalam merungkai erti kasih sayang yang hakiki atau melerai kisah cinta yang indah di kala bercinta pahit di kala berumahtangga.

Cabaran berumahtangga akan lebih komprehensif seandainya kapten nya yang mengemudi bahtera berumahtangga tidak menyedari bahawa kapal yang di nakhodai tidak mengikut haluan yang benar. Maka akan berantakan lah semuanya.

Cinta itu satu kalimah yang di persisirkan dengan deruan perasaan yang membuak-buak ketika di peringkat percintaan, kata-kata hikmah berseliputi dengan tersirat makna yang hanya dapat di rungkai melalui terjahan kelakuan ketika sudah mendiri kan rumah tangga.. Alam berumahtangga merupakan melodi yang sebenar dalam kehidupan ini. Mentadbir negara tidak lah susah tetapi mentadbir rumahtangga adalah lebih jerih dari memerentah sebuah negara.Kenapa? Untuk menjadi saorang pemimpin pasti nya datang dari rumah tangga yang di tadbir dengan sempurna dan berintegriti  tinggi barulah dapat hasil kan saorang pemimpin yang berwibawa. Kalau institusi rumah tangga itu porak peranda bagaimana dapat melahir kan saorang pemimpin yang berwibawa? Nah, jadi alam berumahtangga bukan sautu impian atau khayalan sahaja tetapi memerlukan kejituan pengurusan yang hebat.

Jadi kepada bakal berumahtangga, disini ingin saya loret kan pedoman yang bolih memungkin anda mengemudi rumahtangga dengan jayanya, Insyaallah.. Saya telah hidup berumahtangga selama 30 tahun hidup bersama dan di kurniakan Allah zuriat seramai 8 orang.... Pedoman ini adalah intipati kehidupan yang wajib kita lalui sebelum Allah menjemput kita menemuiNYa.

Sambungan di segmen akan datang. 


Apakah sumbangan kita kepada negara?

Salam 1 Malaysia,

Apalkah sumbangan kita kepada negara? Satu persoalan yang sering kita ungkapkan tapi kadang-kadang kita tidak arif bahawa sumbangan kita kepada negara itu apa? Kita sering mengomel sendirian bila melihat ada saja yang tidak kena pada eco-sistem yang terdapat di negara kita.. kita lihat telatah dan keletah rakyat kita yang kurang peka tentang kebersihan alam sekitar dan pelbagai lagi... Terpanggil dalam diri kita untuk membenteraskan gejala tersebut tapi kadangkala kita alpa, kita sendiri yang turut melakukan perbuatan yang sama, sambil memandu kita mengudap makanan tanpa sedari tangan senang-senang saja campak sampah keluar tingkap kenderaan... ini lah sikap kita... lempar batu sembunyi tangan..

Dalam perjalanan di bandar-bandar di Malaysia, saya melihat sampah di buang merata-rata tanpa rasa bersalah.. Malaysia di anugerah Allah sebuah negara yang aman damai dan mempunyai landskap yang mengagumkan dan mempesonakan. 

Apakah tahap kesedaran sivik masih di bawah tahap tranformasi negara ke arah negara maju 2020 tidak seiring dengan sikap dan perangai kita yang tidak menghargai kedamaian nurani yang ingin melihat keindahan dan kecantikan setiap bandar dan desa di negara ini terselia rapi?


Thursday, December 27, 2012

Redup-Redup Musim Tengkujuh

Assalamualaikum WBT..

Sidang pembaca yang budiman, agar di berkati olih Allah yang Maha Berkuasa hendaknya... Sedar dalam tak sedar, 2012 sudah sampai untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kita semua dalam mengendong serba macam kenangan dan memori. Apakah kita telah memenuhi segala tuntutan yang di pertanggungjawab kan kepada kita?. Apakah sinar pudar yang menyelubungi kita pada 2011 sudah kita tebus atau membiar ia berlalu begitu tanpa leraian atau keputusan yang membanggakan?.

Ini lah hakikat nya bahawa pergolakan dan kecamukan minda dan garis laku kita kadang kala tersasar dan menyimpang jauh dari paksi sebenar lumrah kehidupan kita. Masa berlalu begitu pantas, ada kalanya kita mengeluh sendirian kerana kita tidak dapat memperbetul kan apa yang patut di perbetulkan. 

Pengertiian kehidupan ini ada kalanya merasakan sautu penyiksaan yang perlu penantian yang entah kelam atau terang di hadapan hari menggamit datang. Apa kah kita sedar apa kah yang telah kita sumbangkan kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara? Perhitungan akal dan nafsu yang sering bersaing antara satu sama lain untuk menjerumuskan kita ke arah mana yang sepatutnya kita tuju. 

Allah mengiktirafkan kita sebagai  makhlok yang paling mulia di sisi Nya dengan adaNya yang di bekalkan akal dan nafsu agar manusia itu dapat beriman kepada Nya.Ini lah kita, 365 hari dalam satu tahun kalender itu sendiri tidak pernah cukup untuk kita bermuhasabah diri kita untuk mencari keredhaan nya.

Olih itu fikir-fikir dan renunglah. Wassallam

Sunday, August 12, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL FITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MANA JUA BERADA... SEMUGA BERBAHAGIA LAH HENDAKNYA...

TIKA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG HALAMAN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.
JANGAN PERCAYA KEPADA KENDERAAN ANDA TETAPI PERCAYA DAN YAKIN KEPADA ALLAH SWT YANG MAHA PELINDUNG DAN MAHA BERKUASA.
Pasti kan kenderaan kita berada di tahap yang terbaik dan jangan pecut ikut rasa hati...Setiap kenderaan ciptaan kita manusia pasti ada kelemahan nya... 
WOW!!!!  ada satu cerita, yang manis itu madu yang pahit itu juga madu... Apa kah ini memberi erti yang sama atau yang berbeda dari segi fizikal ceritanya? Anda sedia maklum, madu yang di hasilkan olih lebah itu amat berkhasiat sekali kepada kesihatan dan terdapat satu surah dalam Al Quran yang menceritakan tentang lebah ini. Bagaimana ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada kesihatan kita dan cara toleransi lebah-lebah berkerjasama membina kehidupan yang harmoni dan berintegriti. Pembangunan sahsiah diri mereka walaupun kecil tetapi mempunyai daya tahan dan daya membina identiti mereka yang mengkagumkan. Justuru itu kita lihat bertapa damainya sekiranya manusia dapat mengikut contoh yang di tunjukan olih lebah-lebah tersebut.

Madu yang di hasilkan olih sifat dan keletah manusia itu sendiri amat pahit dan tidak terbentuk sepertimana yang di zahirkan olih Madu lebah tersebut. Bagaimana acuan membangun insan yang berhemah itu tidak sehebat  lebah yang tidak mempunyai perasaan iri hati, dengki dan sebagai nya yang menjadi elemen yang memporak perandakan kehidupan manusia di dunia ini. Selingkar kisah tentang kehidupan manusia yang mempersembahkan pelbagai kerenah kehidupan yang mencorak warna-warna kehidupan ini baik dari sudut berpolitiknya, kemasyarakatannya,keagamaan nya, kesosialannya, kebendaannya, keilmuannya dan banyak lagi  menampak kan kejanggalan yang tidak seimbang dan selari dengan perentah Allah SWT... Hakikat ini perlu di rungkai dan renung bersama.. Akhirnya mari kita berfikir dan cari lah jawapan itu yang ada pada diri kita sendiri. Amiin.