Monday, March 11, 2013

Di Mana kah Harga Diri

Salam1 Malaysia...

Negara di kejutkan olih pencerobohan di Lahat Datu, Sabah.. Saat yang amat tragis kerana kerakusan nafsu yang tak terhitung olih akal... Penceroboh meresap dan menyelinap masuk atas kehendak untuk menuntut Sabah yang dahulu di bawah kesultanan Sulu. 

Apakah ini satu percaturan yang bijak? Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan terkenal dengan amalan bertolak ansur dan lebih suka berperang di meja perundingan dari melancar serangan yang akhir nya mengorban kan nyawa.. Hakikat ini sepatutnya di ambil kira terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan yang tidak bermaruah ini. Penceroboh hanya di gula-gula kan olih pihak ketiga tanpa memikirkan bahawa ia akan menjadi satu melapetaka yang dahsyat.

Kerajaan Malaysia dan di dokong olih rakyat yang berdiri teguh di belakang kedaulatan Negara Malaysia telah mengambil langkah yang cukup berperikemanusiaan dengan memberi ruang perundingan yang sebaik mungkin kepada penceroboh, tetapi nafsu menguasai segalanya, maka perundingan secara aman di tolak dan  
apa lagi pilihan Malaysia? Demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta, satu rumusan yang tepat ialah menggunakan ketenteraan dan pihak berkuasa keselamatan untuk menamatkan krisis yang tidak di undang ini.

Pihak penceroboh juga agak keterlaluan meminta untuk mengadakan gencatan senjata wahal yang memulakan episod ini ialah mereka menceroboh kedaulatan negara. Apa kah mereka tidak mengetahui hal begini. Apa jua pun, pihak penceroboh tetap menjadi pengganas yang perlu di hapus kan dan di nyahkan dari bumi Malaysia- Sabah.

Apa jua yang sudah berlaku, pasti nya penggerak-penggerak di sebalik penceroboh-penceroboh tersebut mempunyai maksud yang tersirat yang hanya bolih merungkaikan segala kekusutan ini. Apa kah nyawa penceroboh yang tersembam ke bumi bolih di ertikan dengan nilai wang ringgit? Apakah mereka di redhai olih anak isteri mereka untuk mati cara yang menyayatkan? 

Kehidupan ini satu perjuangan, sautu ujian yang penuh dengan duri yang selelirat.. Sesungguhnya Allah cipta Alam ini dan bumi di mana kita di tempatkan untuk semata-mata di beri ujian menuju ke alam Akhirat yang kekal abadi. Akal dan nafsu yang di anugerah olih Allah seharusnya di gunakan dengan sebaik-baik nya serta memohon pedoman dari Allah untuk melakukan sesautu yang memudaratkan.

Kita semua rakyat Malaysia patut bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita terutama nya sebuah negara yang aman,makmur dan mempunyai pemimpin yang tahu peranan nya.

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.
Terima kasih.

Tuesday, January 1, 2013

Musim Tengkujuh

Musim tengkujuh mulai melanda Pantai Timur, Hujan mencurah-mencurah turun tanpa henti, banjir mula melanda kawasan yang rendah dan kawasan bandar yang sistem peparitan yang tidak dapat menampung jumlah aliran air yang menerjah masuk akhir nya menenggelamkan bandar tersebut.

Semua aliran trafik tersekat dan aktibiti seharian juga tergendala.. Rumah yang di tenggelami air penghuni nya terpaksa di pindahkan. Selingkar kisah ini adalah satu dari antara kisah alam yang melanda dunia hari ini.

Natijahnya, itulah Kekuasaan Allah SWT yang memberi peringatan kepada hambaNya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya.. 


Tahun 2013

Detik jam menunjuk tepat 12.01 minit, detupan bunga api memecah keriuhan lautan manusia.
Apa kah 2013 akan menjadi titik tolak permulaan kelangsungan kehidupan dengan mengharap 1001 harapan .
Apakah itu akan menjelma pengharapan yang mengunung tinggi?

Friday, December 28, 2012

Ingatan kepada bakal menjadi ayah dan ibu

Salam 1Malaysia..

Cuti akhir tahun bakal melabuh kan tirai beberapa hari sahaja lagi... sekolah akan mula sessi persekolahan nya tak lama lagi dan majlis perkahwinan yang di unjur di musim cuti persekolahan juga bakal tertangguh sehingga jelmanya cuti persekolahan akan datang.. Apabila sudah berkahwin, maka bermulah satu episod berumahtangga yang panjang, di mana bakal menemukan pelbagai ujian dan halangan di alam berumah tangga.. Keindahan bercinta sudah pasti tidak sama dengan keindahan berumah tangga.. maka lahirlah sautu fenomena yang baru dalam merungkai erti kasih sayang yang hakiki atau melerai kisah cinta yang indah di kala bercinta pahit di kala berumahtangga.

Cabaran berumahtangga akan lebih komprehensif seandainya kapten nya yang mengemudi bahtera berumahtangga tidak menyedari bahawa kapal yang di nakhodai tidak mengikut haluan yang benar. Maka akan berantakan lah semuanya.

Cinta itu satu kalimah yang di persisirkan dengan deruan perasaan yang membuak-buak ketika di peringkat percintaan, kata-kata hikmah berseliputi dengan tersirat makna yang hanya dapat di rungkai melalui terjahan kelakuan ketika sudah mendiri kan rumah tangga.. Alam berumahtangga merupakan melodi yang sebenar dalam kehidupan ini. Mentadbir negara tidak lah susah tetapi mentadbir rumahtangga adalah lebih jerih dari memerentah sebuah negara.Kenapa? Untuk menjadi saorang pemimpin pasti nya datang dari rumah tangga yang di tadbir dengan sempurna dan berintegriti  tinggi barulah dapat hasil kan saorang pemimpin yang berwibawa. Kalau institusi rumah tangga itu porak peranda bagaimana dapat melahir kan saorang pemimpin yang berwibawa? Nah, jadi alam berumahtangga bukan sautu impian atau khayalan sahaja tetapi memerlukan kejituan pengurusan yang hebat.

Jadi kepada bakal berumahtangga, disini ingin saya loret kan pedoman yang bolih memungkin anda mengemudi rumahtangga dengan jayanya, Insyaallah.. Saya telah hidup berumahtangga selama 30 tahun hidup bersama dan di kurniakan Allah zuriat seramai 8 orang.... Pedoman ini adalah intipati kehidupan yang wajib kita lalui sebelum Allah menjemput kita menemuiNYa.

Sambungan di segmen akan datang. 


Apakah sumbangan kita kepada negara?

Salam 1 Malaysia,

Apalkah sumbangan kita kepada negara? Satu persoalan yang sering kita ungkapkan tapi kadang-kadang kita tidak arif bahawa sumbangan kita kepada negara itu apa? Kita sering mengomel sendirian bila melihat ada saja yang tidak kena pada eco-sistem yang terdapat di negara kita.. kita lihat telatah dan keletah rakyat kita yang kurang peka tentang kebersihan alam sekitar dan pelbagai lagi... Terpanggil dalam diri kita untuk membenteraskan gejala tersebut tapi kadangkala kita alpa, kita sendiri yang turut melakukan perbuatan yang sama, sambil memandu kita mengudap makanan tanpa sedari tangan senang-senang saja campak sampah keluar tingkap kenderaan... ini lah sikap kita... lempar batu sembunyi tangan..

Dalam perjalanan di bandar-bandar di Malaysia, saya melihat sampah di buang merata-rata tanpa rasa bersalah.. Malaysia di anugerah Allah sebuah negara yang aman damai dan mempunyai landskap yang mengagumkan dan mempesonakan. 

Apakah tahap kesedaran sivik masih di bawah tahap tranformasi negara ke arah negara maju 2020 tidak seiring dengan sikap dan perangai kita yang tidak menghargai kedamaian nurani yang ingin melihat keindahan dan kecantikan setiap bandar dan desa di negara ini terselia rapi?