Tuesday, August 7, 2012

Salam untuk Semua...

Pada bulan RAMADHAN yang penuh dengan keberkatan ini di kesempatan yang ada ini, saya mengucapkan selamat berpuasa dengan penuh iman dan kusyuk. Moga-moga mendapat berokah dari Allah SWT hendaknya. Amiin!!

RAMADHAN telah sampai minggu ke 3 dan tak berapa lama lagi RAMADHAN akan meninggalkan kita. Saya terasa begitu cepat hari-hari berlalu pergi dan terasa sayang dan sedih kerana RAMADHAN akan melabuh tirainya tak berapa lama lagi. Persoalan nya, apa kah kita sudah buat yang terbaik untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT? Ini adalah satu mekanisma jiwa yang hanya kita semua mempunyai jawapan dan kesimpulan tersendiri. Saya terasa amat sayu bila kita sering alpa dengan apa yang ALLAH SWT beri kan kepada kita. Peluang untuk kita merebut keistimewaan yang ALLAH SWT sajikan kepada kita untuk menampung segala kesalahan dan keingkaran yang kita lakukan sebelum nya terhadap ALLAH SWT.RAMADHAN adalah bulan tawaran dan promosi istimewa dari ALLAH kepada kita hamba Nya yang serba serbi nya dhoif. Kita seringkali tidak istiqamah dalam melaksana tanggungjawab yang di peruntuk kan kepada kita. Kita merasai memadai dengan  berlapar dengan tak makan dan minum di waktu siang? tetapi kita melantak hingga perut kita menjerit kerna tidak dapat menahan asakan makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut kita, mentang-mentanglah kita berpuasa di siang hari. Apa kah itu satu ibadah yang di unjur kan olih ALLAH SWT dan Nabi Muhammad S.A.W. yang meninggalkan sunnah nya pada kita untuk di ikuti? Ini juga jawapan nya hanya kita yang bolih menjawabnya.

Pengertian yang jitu dan merangkumi pada keseluruhan aspek berpuasa yang sebenar nya masih di tahap yang masih kritikal sekiranya istilah berpuasa itu dengan hanya menahan lapar dan dahaga sudah mencukupi.
Mari lah kita renung bersama apakah ertinya berpuasa yang merupakan rukun Islam yang 5. Semuga kita di beri pertunjuk dan hidayah dari ALLAH SWT hendaknya, dan semuga amalan puasa kita di terima olih ALLAH SWT hendaknya.

Tuesday, January 31, 2012

2012 sudah sampai

salam 1 malaysia

2012 sudah mula belayar. Hari ini 31 haribulan Januari- esok 1 haribulan Febuari. Begitu detik masa berjalan tanpa menoleh ke belakang. Tidak lewat sesaat pun masa terus berjalan dan meninggal kan kita tanpa siapa yang  
menahan nya.

Pergolakan minda dan emosi terus menghantui kita, tidak tahu arah mana hendak di tuju, kain mana yang harus di pakai, baju mana harus di basuh, kasut mana harus di sarong dan cita-cita mana yang nak ku gapai. Ini lah permasalahan kita yang sering kali kita tempuhi.

Perhitungan usia yang makin meningkat tidak kira batas nya namun rintihan perasaan masih membuak umpama pusaran air di lubuk dalam. Terungkai atau terlerai kah itu semua hanya kita sahaja yang dapat menjawab nya.

Begitu lah hakikat nya apabila kita merintih dan menyalah diri kita sendiri. Kewajaran pemikiran yang ada kadang kala di batasi dengan kemampuan kudrat yang ada. Masa TETAP  meninggal kan tanpa sedetik pun.

Harapan Agama,Bangsa dan Negara masih tercari-cari jawapan dari kita, apakah kita sudah melunasi tanggungjawab tersebut? Hati mana tidak terasa walau sumbangan kecil yang kita terasa hendak di sumbang namun kemampuan kita tidak sederap tenaga dan wang ringgit.

Inilah kehidupan yang perlu di selami sepertimana daun yang menghijau namun tiba masa nya gugur lah ia.

Thursday, March 24, 2011

Apa Dah Jadi

Salam 1Malaysia.

Kembali hamba....apa dah jadi? Berita sensasi terkini... Datuk T telah mengejutkan rakyat Malaysia dengan pendedahan tape video pemimpin kanan Pembangkang terlibat skandal sex...

Apa kah ini satu persoalan atau jawapan? .......hamba ingin ajukan kepada anda semua pertanyaan ini... Sila komen...

Agenda Melayu dan pembangunan Negara untuk merealisasikan impian negara maju perlu di utamakan..

Apakah ianya di peram agar ia menjadi seperti jeramimasam? Walaupun jeramimasam itu berbau busuk, tetapi jika di keringkan ia bolih di jadikan makanan untuk ternakan atau bolih di anyam menjadi permaidani.... apakah senario ini sama dengan tajuk apa dah jadi ini?