Friday, February 4, 2011

apa dah jadi

Salam 1Malaysia dan salam sejahtera hendaknya...

Semalam hamba dalam perjalanan pulang, olih kerana terlalu letih hamba singgah beristirehat di kawasan pelancungan yang terkenal di peta dunia..jam ketika itu 3 pagi... kawasan ni memang terkenal dengan para pelancung baik dari dalam mahu pun luar negara.... Hamba terasa teruja melihat suasana yang damai dan indah.... teruja juga bila melihat pelancung luar dari negara beriklim sejuk berada di disini... di warung tempat hamba singgah ini riuh pikuk para pelancung menjamu selera masakan tradisional mak su.... tidak terasa bahawa ketika itu waktu dah menunjuk hampir 4 pagi....

Tiba-tiba sekumpulan remaja lelaki dan perempuan berpelokan antara satu sama lain masuk ke warung mak su... Mereka mengambil satu sudut yang berhampiran dengan hamba... waduuh! terkejut hamba saorang remaja lelaki yang hanya berpakaian jean sahaja tanpa baju menampakkan tetulang kerangka berserigai di pagi dingin dengan terjerit-jerit kemabukan.....
Agaknya baru keluar dari pusat karaoke yang tidak jauh dari warung mak su...

Cara dia berungkapan dalam mabuk mengeluarkan kata-kata lucah dalam bahasa inggeris serta di sokong olih rakan-rakan nya membuat para pelancung lain terkedu mendengarnya... Apa sudah jadi remaja kita sekarang? soal hati hamba....

Para pelancung luar yang berada di situ lebih sopan dari nya....Apakah budaya kuning ini masih menghantui jenerasi kini....Apa kah kecanggihan masa kini mendorong kita melupakan adat dan budaya serta batasan agama kita sudah di pinggirkan....

Inilah pergolakan budaya,adat sekiranya penghayatan agama di ambil mudah.... Setelah selesai hamba menghirup secawan horlick, hamba meninggalkan warung mak su dan meneruskan perjalanan pulang.... di celah deruman motorsikal para perempit yang memenuhi jalan...

Seribu persoalan di benak fikiran hamba......Hamba mohon dari Allah agar jauhkan ia dari anak-anak hamba yang juga sedang membesar..... menjadi iktibar kepada hamba yang bergelar bapa...

Thursday, February 3, 2011

Kerai yg ku cari Bakso jua yang ku temui

Hari ini semua orang cuti atau orang indonesia panggil libur.. hamba di kejutkan olih rakan-rakan tiba-tiba aje dah tersengih di depan rumah... ajak hamba yang di gelar panglima kerai pergi memancing ikan kerai di salah satu anak sungai Pahang..Maka nya hamba pun bersiap=siap lah dengan segala kelengkapan laksana mahu pergi berjuang di medan pertempuran...

kami menerjah kedinginan pagi yang masih renyai-renyai dengan sejuta harapan... tak kala sampai di tempat yang di maksudkan,alangkah terkejutnya kerna sungai yang anggap lubuk kerai telah bertukar menjadi lautan luas.... ini kerna hujan yang tidak henti-henti menyebabkan air melimpahi tebing dan kawasan sekitarnya...maka kami terpaksalah menukar jadual lalu lantas kami beralih arah..minum kopi dan bakso pedas sepedasnya di sebuah restoran yang sering kami singgahi jika kami pergi memancing...

kami tahu bakso itu sepedas-pedasnya,tapi kami tetap mahu menikmati nya kerna ianya amat enak...walaupun kami terpaksa membiar peloh melelih di segenap anggota kami, biar air mata mengalir,air hidung mencurah keluar dan biar bibir terasa tebal dek pedasan, misi kami tetap di teruskan.... sedap sememangnya sedap..

Akhirnya kami dapat juga menyudahkan makanan bakso kami.... Waduuuh! pedas banget ni...
Enak!enak!enak! cubalah...

Wednesday, February 2, 2011

coretan harian

Hari ini semua orang mula santai dan pelbagai program bakal di rancang bagi memenuhi agenda percutian sempena tahun baru cina. Satu percutian yang agak panjang.... maka rancang lah dengan berhemat dan pastikan semua nya lengkap dan sempurna.

Pastikan rumah di tinggalkan dengan semuanya selenggara dengan kemas dan teliti.. pintu di kunci, switch board juga pastikan di tutup dan lain-lain yang perlu.

Kalau yang ada memelihara haiwan peliharaan,pasti kan makanan nya cukup sepanjang percutian.Jangan lupa maklumkan kepada jiran sebelah yang anda mahu bercuti dan pinta jiran kita telek rumah takut-takut ada yang tak kena...

Hanya itu lah pesan si hamba...

Tuesday, February 1, 2011

Musim Banjir dah Tiba

Salam 1Malaysia dan Salam Sejahtera.

Indah sungguh hari ini, hujan yang sekejap tadi renyai-renyai, kini kembali panas, itulah ciptaan Allah kepada hamba-hambanya. Menginsafi dan menilai kekayaan Tuhan yang Maha Pencipta.
Titisan hujan kadang kala bersepuh dingin kadangkala menjadi garang laksana menerobos segenap penjuru alam akhirnya menjadi penyubur kepada tumbuh-tumbuhan di Bumi ini. Itu lah kehendak Tuhan.

Dalam mengharungi musim banjir kini, kanak-kanak,remaja dan dewasa begitu teruja mengharungi air tanpa memikir bahaya nya bakal mengundang tiba bila-bila masa, terutama nya kanak-kanak yang tidak mengenal apa erti bahaya. Hamba pernah menjengah di kawasan banjir di kawasan hamba tinggal, hamba dapati kanak-kanak begitu leka bermain dan mandi manda tanpa pengawasan orang dewasa, walaupun di atas jalanraya yang di tenggelami air tetapi arus yang laju bolih menyebabkan kanak-kanak tersebut di bawa arus. Longkang besar hanya tidak beberapa meter sahaja di tepi bahu jalan.. apa akan terjadi sekiranya tergelincir ke dalam longkang besar? Pasti padah yang menanti.

Jadi hati-hatilah bila musim banjir tiba... pastikan kanak-kanak bermain di tempat yang selamat. Orang dewasa wajar menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak.. kadang-kadang orang dewasa juga lebih keanak-anakan bila musim banjir tiba....

Hamba hanya mengingat kan kepada yang tidak ingat...bak kata pepatah Waria Singh Waria: air itu kalau di minum enak rasa nya, tapi air itu kalau di curah pasti basah anggota badan....hahaha...fikir-fikir lah,tidak mampu fikir... lupakan lah..

Salam.

Rencah Alam

Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera hendaknya...

Sudah agak lama hamba tidak menulis, ini mungkin kesuntukan masa... kerana di bebani dengan kerja-kerja luar yang membatas untuk hamba menulis...

Baik lah... hari ini terpanggil hamba untuk melihat kesan kebangkitan rakyat ke atas pemerentah di negara Mesir. Apakah ini satu episode yang akan merubah landskap politik Mesir? Hanya rakyat Mesir yang mengenal manikam... Pergolakan berlaku hasil tercetusnya rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerentah yang terlalu lama menduduki tahta sehingga jenarasi pelapis merasakan terhimpit dengan angin ekonomi yang terlalu perlahan.. Pendapatan per kapita rakyat berada di tahap meruncing dan tahap penganguran yang tinggi melihat kan kesuraman idea pemerentah sudah berada di hujung ufuk.

Sedikit sebanyak ia memberi kiasan bahawa sekiranya kita di Malaysia mahu kan kedamaian,kemakmuran serta mencapai tahap perkapita negara maju, kita harus dan semestinya mendukung gagasan kerajaan untuk merealisasikan impian kerajaan dan rakyat. Kita bersyukur kerana kita di anugerah kan pemimpin yang segar dan berfikiran jauh untuk membela rakyat dan negara ke arah pencapaian yang jitu dan setaraf dengan negara-negara maju lain di dunia.

Sememang kita akui, di mana-mana ada kelemahan tetapi barang di ingat selagi kita di gelar manusia, pasti ada kekurangan dan kelebihan nya. Maka natijah nya kita harus akur dan mengerti bahawa tiada bumi yang seaman negara kita di dunia ini. Walau pun berlaku pergeseran pendapat dan idealogi, namun kita masih bisa duduk semeja dan menghirup secawan kopi bersama. Ini lah unik nya negara kita yang tercinta ini.

Jadi renung-renunglah kita bersama.... kehidupan ini di asas kan nafsu dan akal, maka gunalah kebijaksanaan kita menilai dan menghayati siapa kah kita.

Hamba berundur bukan bererti kalah tapi hamba berundur memberi ruang dan masa untuk anda berfikir. Salam.