Wednesday, February 2, 2011

coretan harian

Hari ini semua orang mula santai dan pelbagai program bakal di rancang bagi memenuhi agenda percutian sempena tahun baru cina. Satu percutian yang agak panjang.... maka rancang lah dengan berhemat dan pastikan semua nya lengkap dan sempurna.

Pastikan rumah di tinggalkan dengan semuanya selenggara dengan kemas dan teliti.. pintu di kunci, switch board juga pastikan di tutup dan lain-lain yang perlu.

Kalau yang ada memelihara haiwan peliharaan,pasti kan makanan nya cukup sepanjang percutian.Jangan lupa maklumkan kepada jiran sebelah yang anda mahu bercuti dan pinta jiran kita telek rumah takut-takut ada yang tak kena...

Hanya itu lah pesan si hamba...

Tuesday, February 1, 2011

Musim Banjir dah Tiba

Salam 1Malaysia dan Salam Sejahtera.

Indah sungguh hari ini, hujan yang sekejap tadi renyai-renyai, kini kembali panas, itulah ciptaan Allah kepada hamba-hambanya. Menginsafi dan menilai kekayaan Tuhan yang Maha Pencipta.
Titisan hujan kadang kala bersepuh dingin kadangkala menjadi garang laksana menerobos segenap penjuru alam akhirnya menjadi penyubur kepada tumbuh-tumbuhan di Bumi ini. Itu lah kehendak Tuhan.

Dalam mengharungi musim banjir kini, kanak-kanak,remaja dan dewasa begitu teruja mengharungi air tanpa memikir bahaya nya bakal mengundang tiba bila-bila masa, terutama nya kanak-kanak yang tidak mengenal apa erti bahaya. Hamba pernah menjengah di kawasan banjir di kawasan hamba tinggal, hamba dapati kanak-kanak begitu leka bermain dan mandi manda tanpa pengawasan orang dewasa, walaupun di atas jalanraya yang di tenggelami air tetapi arus yang laju bolih menyebabkan kanak-kanak tersebut di bawa arus. Longkang besar hanya tidak beberapa meter sahaja di tepi bahu jalan.. apa akan terjadi sekiranya tergelincir ke dalam longkang besar? Pasti padah yang menanti.

Jadi hati-hatilah bila musim banjir tiba... pastikan kanak-kanak bermain di tempat yang selamat. Orang dewasa wajar menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak.. kadang-kadang orang dewasa juga lebih keanak-anakan bila musim banjir tiba....

Hamba hanya mengingat kan kepada yang tidak ingat...bak kata pepatah Waria Singh Waria: air itu kalau di minum enak rasa nya, tapi air itu kalau di curah pasti basah anggota badan....hahaha...fikir-fikir lah,tidak mampu fikir... lupakan lah..

Salam.

Rencah Alam

Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera hendaknya...

Sudah agak lama hamba tidak menulis, ini mungkin kesuntukan masa... kerana di bebani dengan kerja-kerja luar yang membatas untuk hamba menulis...

Baik lah... hari ini terpanggil hamba untuk melihat kesan kebangkitan rakyat ke atas pemerentah di negara Mesir. Apakah ini satu episode yang akan merubah landskap politik Mesir? Hanya rakyat Mesir yang mengenal manikam... Pergolakan berlaku hasil tercetusnya rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerentah yang terlalu lama menduduki tahta sehingga jenarasi pelapis merasakan terhimpit dengan angin ekonomi yang terlalu perlahan.. Pendapatan per kapita rakyat berada di tahap meruncing dan tahap penganguran yang tinggi melihat kan kesuraman idea pemerentah sudah berada di hujung ufuk.

Sedikit sebanyak ia memberi kiasan bahawa sekiranya kita di Malaysia mahu kan kedamaian,kemakmuran serta mencapai tahap perkapita negara maju, kita harus dan semestinya mendukung gagasan kerajaan untuk merealisasikan impian kerajaan dan rakyat. Kita bersyukur kerana kita di anugerah kan pemimpin yang segar dan berfikiran jauh untuk membela rakyat dan negara ke arah pencapaian yang jitu dan setaraf dengan negara-negara maju lain di dunia.

Sememang kita akui, di mana-mana ada kelemahan tetapi barang di ingat selagi kita di gelar manusia, pasti ada kekurangan dan kelebihan nya. Maka natijah nya kita harus akur dan mengerti bahawa tiada bumi yang seaman negara kita di dunia ini. Walau pun berlaku pergeseran pendapat dan idealogi, namun kita masih bisa duduk semeja dan menghirup secawan kopi bersama. Ini lah unik nya negara kita yang tercinta ini.

Jadi renung-renunglah kita bersama.... kehidupan ini di asas kan nafsu dan akal, maka gunalah kebijaksanaan kita menilai dan menghayati siapa kah kita.

Hamba berundur bukan bererti kalah tapi hamba berundur memberi ruang dan masa untuk anda berfikir. Salam.

Tuesday, January 11, 2011

10 haribulan April 1934- hari lahir ayahku

Tanggal 10 haribulan April 1934 adalah hari kelahiran ayah ku yang tercinta.

Tanggal 2 hb Januari 2011 jam 1.02 petang

Assalamualaikum WBT

Tanggal 2 haribulan Januari 2011 bersamaan 27 muharam 1432, pada 1.02 minit petang, aku menerima pengkhabaran dari adik ku di kampung..... ayahanda yang aku amat2 sayangi dan tercinta telah pulang ke rahmatullah pada usia 76 tahun akibat sakit tua... Aku menerima pengkhabaran ini dengan penuh tabah bercampur sedih yang teramat sangat tanpa di sedari air mata mencucuri keluar sehingga aku sebak seketika... Alfatihah buat Ayahanda yang tercinta... terkenang segala memori semasa aku kecil hingga usia aku 52 tahun kini.. Aku berdoa agar ruh ayah aku di tempatkan bersama orang-orang beriman dan soleh..semuga Allah mengampuni segala dosanya... Daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.Amiin.